Ahad, 24 Mac 2013

Anyaman

Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman
Bahan
Hasil anyaman
Anyaman Mengkuang
Daun mengkuang
Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
Anyaman pandan
Daun pandan duri
Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh
Jenis-jenis buluh yang sesuai
Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
Anyaman Rotan
Rotan yang telah diproses
Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
Anyaman Lidi
Lidi kelapa
Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu
Paku pakis ribu-ribu.
Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.
       

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.     
Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:
1.    Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas        
2.    Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak   
Harimau      
3. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek        
 4. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah  
 5. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga        

11209 Reads

52576 Reads
Previous | Next

Mencorak dan Rekaan

BIDANG MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Definisi Corak
-susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau bebas. Dua jenis corak iaitu corak terancang dan corak tidak terrancang.

Motif
-sama ada rupa/bentuk asas dalam rekaan/gubahan.
-Ia drpd  motif,flora,fauna,geometrical & organik.

Corak Tradisi
-corak yg mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai
 nama2 tertentu yg berunsur tradisi. Cth: Corak bunga buluh , Corak pucuk rebung, Corak bunga kiambang.

Corak Terancang
- guna  motif yg disusun dgn  teratur & dlm  susunan tertentu.
- motif menghasilkan corak yg ada pelbagai  jenis  susunan,seperti penggunaan  garisan  grid dlm penghasilan corak.

Corak Tidak Terancang
-dihasilkan  secara  bebas tanpa mpunyai motif tertentu.
-dihasilkan dgn cara, merenjis,meniup, mengayak,menggolek dll
- contoh: Corak teknik cerminan , Corak teknik pualaman, Corak cetakan tali,  Cetakan daun, Corak tiupan Corak stensilan

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Motif boleh didapati daripada;
i. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Tuhan  Contohnya, Buah mangga ,Daun Siti Fatimah, Bunga teratai, Bunga mawar
ii. Bentuk asas spt persegi, bulat,bujur, segitiga & geometri.
iii. Bentuk dari bahan buatan manusia
iv. Rupa atau bentuk angka dan huruf
v. Rupa atau bentuk kraf tradisional





20476 Reads

Catan

Maksud Catan.

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment"terlarut dalam pelarut (ataumedium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas,kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia  merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kalilebih lama berbanding penggunaan tulisan. Perkataan lukisandigunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalamrencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan padapermukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekarapenting dalam bentuk seni.Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorangmenyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk,rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarahcatan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yangdigunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yangmempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrakSEJARAH
 

Lipatan dan guntingan

Maksud lipatandan guntingan
Teknik lipatan dan guntingan ialah teknikmelipat,menggunting dan menampalbentuk di atas kertas tapak

Cara lipatan dan guntingan
Lipatan dan guntingan selapis menghasilkanbentuk-bentuk yang dikehendaki.
Melipat dan melukis lakaran kasar di atas lipatandan kemudiannya menggunting mengikut bentuk yang dikehendaki.
Seterusnya lipat bentuk potongan dan guntingsekali lagi mengikut bentuk yang dikehendaki.
 Akhirnya tampal pada kertas tapak.

Alat & Bahan yang diperlukan
Kertas warna, Gam, Pensil dan pembaris
 
Alat & Bahan yang diperlukan
Kertas warnaGamPensil danpembarisGuntingPen warna